Program Keamanan Hiroshima – Projek Arkib TSS
TSS Melancarkan Laman Web Rasmi Dalam Bahasa Melayu
Platform baharu yang menghubungkan antara Hiroshima dan Malaysia melalui pendidikan keamanan
Shinhiroshima Telecasting Co., Ltd. (TSS), sebuah stesen penyiaran yang berpangkalan di Hiroshima, Jepun, telah melancarkan laman web rasmi berbahasa Melayu bagi “Program Keamanan Hiroshima - Projek Arkib TSS.” pada 22 Julai 2026.
SSebagai sebuah stesen penyiaran di Hiroshima, bandar yang pernah mengalami pengeboman bom atom, TSS telah sekian lama merakam dan mendokumentasikan testimoni mangsa bom atom, realiti kesan pengeboman serta pelbagai usaha ke arah keamanan. Projek Arkib TSS bertujuan mewariskan rakaman dan bahan bersejarah yang berharga ini kepada generasi akan datang serta berkongsi mesej keamanan dengan masyarakat di seluruh dunia. Laman web ini diwujudkan untuk menyampaikan realiti pengeboman bom atom di Hiroshima serta harapan terhadap keamanan kepada masyarakat di Malaysia serta negara-negara lain yang menggunakan bahasa Melayu.
SLaman web berbahasa Melayu ini menampilkan pelbagai kandungan termasuk testimoni mangsa bom atom, video berkaitan Hiroshima, siaran langsung 24 jam Taman Peringatan Keamanan Hiroshima, serta risalah dan poster yang boleh digunakan untuk pendidikan keamanan.
SSalah satu kandungan utama laman web ini ialah video yang memperkenalkan Abdul Razak, iaitu seorang Pelajar Khas Asia Selatan (Nanpō Tokubetsu Ryūgakusei) yang belajar di Hiroshima dan menjadi mangsa pengeboman bom atom pada 6 Ogos 1945. Kisah beliau merupakan rekod bersejarah yang penting dalam menghubungkan di antara Hiroshima dan Malaysia, serta dalam menyampaikan realiti pengeboman bom atom dan pentingnya keamanan kepada generasi masa kini.
SSelain itu, bermula pada musim luruh 2026, Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dijadualkan akan menyertai “Projek Warisan Generasi Akan Datang”, iaitu sebuah program pendidikan di bawah Projek Arkib TSS. Melalui projek ini, golongan muda akan terlibat dalam penterjemahan dan penyebaran kandungan berkaitan keamanan. Para pelajar akan terlibat menghasilan video dalam versi bahasa Melayu dengan memperkenalkan Abdul Razak, sekali gus membantu menyampaikan sejarah yang menghubungkan di antara Hiroshima dan Malaysia serta mesej keamanan kepada generasi muda.
STSS akan terus berkongsi rakaman dan testimoni berharga yang masih tersimpan di Hiroshima dengan masyarakat antarabangsa serta menyampaikan kepentingan keamanan merentasi sempadan negara dan perbezaan bahasa.
SKandungan video Projek Arkib TSS juga akan diterbitkan secara berperingkat dalam versi bahasa Melayu pada masa akan datang.

